| Che Det dan Pekan Rabu Pekan Rabu dan Dr. Mahathir adalah sinonim. Setiap kali pulang ke Alor Setar beliau tidak lupa singgah meninjau dan membeli barangan kegemaran beliau di Pekan Rabu. Hubungan Che Det dan Pekan Rabu telah dibukukan oleh Pekan Rabu Holding Sdn Bhd. Buku ini merakamkan perjuangan dan peristiwa Dr. Mahathir di zaman remaja dalam penglibatan beliau dalam bidang ekonomi dan politik semasa berada di Pekan Rabu. Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Mahathir sendiri di Pekan Rabu pada 3hb. September 2000 yang lalu.
Hantarkan komen dan cadangan anda kepada
webmaster@pekanrabu.cm |